Tahun ni diisytiharkan aku dapat temuduga ipg di IPG KAMPUS KENT TUARAN ..memandangkan isu ini masih agak panas kuceritakan serba sedikit pengalaman ku ni kunun..ni kira kedua kali suda temuduga ni..aku dapat opsyen sains (sk)..lain macam tahun ni punya temuduga dari tahun sebelumnya ...
ok begini..pagi tu aku pegi tuaran kira-kira pukul 7 pagi la ..sebab temuduga sesi 1 jam 8pagi gitu...mama,kazen sama adik ku la hantar...mula-mula sampai tu semua calon kena panggil taklimat dulu ...satu persatu kumpulan kena panggil...kumpulan aku antara yang paling awal ditemuduga pada hari pertama temuduga dijalankan...
Kumpulan aku masa tu ada 7 orang ...kami kena temuduga sekali gus secara berkumpulan...masuk jak dalam bilik temuduga tu semua kena serahkan ic dan salinan sijil-sijil berkaitan ..japppp sebelum kami masuk bilik iv tu kan aku sempat cerita-cerita dengan calon lain..5 daripada 7 orang yang ditemuduga tu suda kali kedua datang iv semata2 ipg...masa taklimat awal2 suda dibagi tau oleh cikgu tu, jangan kamu mengharap la arh untuk dapat ....sebab untuk pengetahuan kamu tahun ni 6000 calon dipanggil temuduga ...yang diambil 1600 sahaja ...
terkedu ku mendengarrrr ...tapi siapa kita mengharap pada manusia, rezeki ditanggung ALLAH bah..cerita punya cerita sama geng iv tu ...rupanya ada satu orang dalam grup aku tu pernah menolak ipg 2015...kes dapat ba suda tapi menolak ...adiiiiiiih orang lain bermatian mau dapat gitu jak dia tolak....tapi untungla dia kena panggil balik....
berbalik kepada cerita di dalam bilik iv tu ...dalam bilik tu ada 2 penemuduga cina lelaki ...dorang cin cong cin cong la cakap cina ...aku enda paham...depan penemuduga tu ada 7 kerusi disedia ...aku calon pertama ...dan aku juga paling tua sana ...batch 96 kira tahun ni ngam2 20 tahun la 30 june ni...
mula dia akan tanya dengan detail pasal hasrat yang kita tulis...ko jawab la berdasarkan apa yang ko tulis....
penemuduga: dari hasrat kamu ni, kamu cakap mau didik anak bangsa...jadi kalau tiba2 ada PTI macam mana...?
aku: saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengajar siapa sahaja tapi sudah pasti saya akan fokus kepada memajukan anak bangsa memandangkan saya akan mengajar di sekolah kebangsaan sekiranya diberi peluang belajar di ipg..
lepas tu dia tanya lagi calon lain...aku enda ingat apa soalanya...
stage 2....
penemuduga : siapa pernah dengar PPSMI ? cuba kamu terangkan dulu apa tu ppsmi lepas tu baru kami tanya apa yang perlu ditanya..
dengan yakin aku angkat tangan..
aku: PPSMP Ialah bla..bla....bla....
penemuduga : bukan ppsmp tapi ppsmi......
aku: tersipu seketika ..aku fikir sama ...hahahaha
last2 calon lain angkat tangan memberi penerangan...hahaha
penemuduga: apa pendapat kamu berkenaan ppsmi ( pengajaran matemetik dan sains dalam bahasa melayu)
dengan laju aku mengangkat tangan...hahaha
aku : pada pendapat saya perlaksaan ppsmi adalah lebih baik berbanding mbmbi kerana pengajaran di dalam bahasa inggeris ini mampu memberi kelebihan kepada pelajar terutamanya diperingkat universiti nanti...penguasaan bahasa inggeris mantap mampu memberi kelebihan kepada siswa siswi untuk memahami pembelajaran di universiti memandangkan di Malaysia rata2 penyampaianya adalah di dalam bahasa inggeris ....sebagaimana yang kita tahu pengajaran dalam bahasa melayu ketika diperingkat sekolah memberi pengaruh besar kepada pelajar ketika di universiti kerana banyak perbezaan istilah terutamanya pada subjek sains...
( tiba2 teringat pesan penemuduga di awal sesi ...dia cakap boleh jawab tapi jangan monopoli perbincangan..so aku pun stop becakap bagi peluang orang lain)
stage 3.....
penemuduga :sekiranya kamu menjadi guru bagaimana kamu mahu menarik minat pelajar yang tidak suka pada subjek yang kamu ajar?
(sepantas kilattt aku angkat tangan.. hehehe nampak beno tamaknya )
aku :saya akan menarik minat pelajar saya menggunakan teknologi visual...sebagai contoh ketika memberi penerangan di kelas ..sebagai contoh, saya akan menayangkan video youtube yang menarik menerangkan eksperimen tertentu dan berusaha memberi mereka faham dengan tidak hanya menulis di papan putih...
(lepas tu calon lain menjawab)
stage 4....
penemuduga : baiklah kamu akan diberi bahan rangsangan untuk kamu huraikan secara berkumpulan...kamu boleh gunakan semua bahan yang disediakan di belakang..
bahan-bahan yang tersedia :
1)kertas putih yang besar tu (untuk pembentangan tu ba)
2) marker pen
3) mini whiteboard
4)kertas bahan rangsangan..
kertas bahan rangsangan tu ada tersenarai 5 RUKUNEGARA...lepas tu ada soalan...
1)cipta lagu/sajak berdasarkan rukunegara
2)senaraikan kebaikan perlaksanaan rukunegara
3)bentangkan secara berkumpulan
bincang punya bincang tercipta la lirik 2 in 1....lagu pun boleh...sajak pun boleh...kami guna lagu hati-hati....semua menyanyi masa tu...yang bersajak kami bagi2 la bait nya ...lepas bentang tu...kami duduk balik tempat masing-masing...
penemuduga : baiklah ..kami bagi kamu peluang untuk cakap apa seja kamu mahu cakap..
( sepantassss turbo aku angkat tangan mau jawab .....)
penemuduga : sekejap ya ...semua ada peluang saya mau dari sebelah sana dulu yang jawab ...(orang paling kiri aku..)
aku orang terakhir yang disuruh cakap masa tu...sebab aku paling kanan...
aku: saya sangat sangattt berharap saya dapat masuk ke ipg ...ini kali kedua saya hadir temuduga dan merupakan kali terakhir (aku tekan terakhirrrr aku biar dia tau aku susah payah mau ipg ni...hahaha) ..saya pernah terpaksa ambil sijil berhenti sekolah awal semata2 mahu hadir ke temuduga pada kali yang pertama dulu........( sekolah aku tidak memberikan sijil berhenti sekolah selepas spm...sebab aku sekolah agama automatik dapat masuk form6 "sijil tinggi agama malaysia" walaupun belum keluar result spm....xpayah mohon2 macam stpm tu......) tapi semata2 mau hadir temuduga pertama ...aku ambik risiko berhenti sekolah masa tuhhh.....fuhhh kalau mau cerita kisah ku memang x habis ....
setakat tu jakla ...mudah-mudahan membantu la sepa2 yang mau interview tahun 2016 atau selepasnya....aku doakan fi hifzillah,....
Friday, 20 May 2016
Thursday, 24 March 2016
Kelebihan,kebaikan STAM (SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA)
STAM alias Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan sijil yang sangat mahal buat pemiliknya .Orang yang berjaya memperoleh sijil STAM boleh dianggap hebat kerana ambik STAM tidak boleh diambil oleh sembarangan orang. Calon STAM perlu memiliki sijil khas iaitu SMU (SIJIL MENENGAH UGAMA) sebagai syarat utama diserap ke mana-mana sekolah agama yang menawarkan kelas tingkatan enam bagi pelajar STAM.
mereka juga perlu mempunyai asas yang super duper kukuh dalam subjek bahasa arab untuk memudahkan kefahaman sepanjang tempoh pengajian.
KELEBIHAN MENGAMBIL STAM
1) MUDAH BERTANYA SOALAN KEPADA GURU
Kebanyakan guru yang mengajar subjek-subjek STAM merupakan lulusan al-azhar. Mereka merupakan pakar dalam subjek-subjek yang mereka kendalikan.Kebanyakan mereka juga mudah untuk dijmpai di bilik guru tanpa perlu ada appoinment.Berbeza dengan universiti agak sukar untuk berjumpa dengan pensyarah berikutan komitmen mereka yang terlalu tinggi mengendalikan 200++
pelajar bagi satu subjek yang diajar.Ini menyebabkan pelajar sukar untuk berhubung terus dengan pensyarah apabila ada subjek tidak difahami.
2)Guru yang prihatin
Belajar di sekolah amat berbeza dengan belajar di universiti. Pensyarah merupakan orang yang tidak dinafikan terlalu hebat di mata dunia apa lagi dengan status mereka sebagai pemegang ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran.Namun berada di universiti membuatkan kebanyakan mereka terlalu terikat dengan bahasa asing sebagai bahasa pengantar dalam syarahan mereka.Ini menyebabkan kefahaman sesetengah pelajar mengenai topik yang diajar amat sukar difahami walhal topik itu tidaklah sukar jika diterangkan dalam bahasa ibunda.Berbeza dengan guru sekolah mereka lebih menekankan kefahaman berbanding "stail syarahan".
3)Gagal perubaan/test tidak mempengaruhi keputusan STAM anda!
Percubaan adalah benar-benar cuba-cuba.Bukan test is for exam.Anda tidak perlu risau sekiranya anda gagal sepuluh subjek sekalipun untuk percubaan kerana markah percubaan tidak akan pengaruhi keputusan sebenar anda.Bagi kami percubaan ialah proses pembelajaran bukan proses kegagalan yang bakal datang.Amat berbeza jika anda mengambil percubaan di universiti atau matrikulasi percubaan pertama boleh jadi penyebab "lost of confident level" jika markah yang diperoleh adalah rendah.Ini disebabkan markah yang rendah ketika percubaan memberi pengaruh besar kepada markah akhir anda sekaligus pointer akhir anda!
4)Soalan target akan didedahkan
Beberapa minggu sebelum STAM berlangsung,akan ada pakar STAM dan pemeriksa kertas soalan yang akan datang bagi mendedahkan kepada anda apa jawapan yang diperlukan oleh setiap soalan.Teknik-teknik menjawab akan dibincangkan secara terperinci.Ciri-ciri soalan juga bakal dirungkaikan bagi memberi hint kepada pelajar "how to score".Waktu ni lah anda akan merasakan usaha anda tidak akan sia-sia kerana anda sudah tahu apa perlu di "fokus" dan apa yang perlu di "scan" bagi setiap topik..
amatlah berbeza dengan keadaan di universiti di mana setiap perkara anda mesti survive sendiri.Masa ini rezeki la yang menentukan segalanya sama ada apa yang dibaca akan keluar atau SEBALIKNYA!
5)Makah assignment@kerja kursus sangat mudah diperoleh
Akan ada dua subjek yang memerlukan kerja kursus iaitu balaghah dan adab nusus.
Di sekolah anda hanya perlu ikut semua guideline dari guru.Tulis apa yang dia suruh,cari apa yang perlu.Tidak perlu menggunakan komputer untuk membuat sebarang penulisan,Dengan hanya tulisan tangan,kekemasan,susunan maklumat yang baik itu sudah markah.Hantar pada tarikhnya secara berkumpulan,bentang sikit dan jawab soalan mudah yang dikemukakan konfirm markah tinggi dan sangat membantu untuk lulus stam.Peruntukan markah bagi kerja kursus adalah 30%.Ini bermakna anda hanya perlu 10% untuk final bagi melayakkan anda lulus subjek tersebut.hanya orang yang super duper pemalas akan gagal subjek keramat ini ketika stam.assignment di universiti sangatlah berbeza dengan kerja kursus kerana ianya berbentuk soalan (berdasarkan pengalaman sendiri di Uitm) dilakukan secara berkumpulan atau individu bergantung pada lecturer.Ada risiko untuk mendapat markah kosong jika jawapan yang dikemukakan salah kerana jawapan assignment tidak akan dikembalikan untuk pembetulan. Namun, sebaliknya jika anda adalah calon STAM.
6)STAM laku di IPTA,SPA,IPTS DAN Luar negara
STAM adalah sijil yang sama taraf dengan DIPLOMA. Jika anda menggunakan STAM memohon untuk IPTA dan IPTS anda berpeluang untuk terus menyambung ijazah pertama anda dengan pengkhususan dalam bidang syariah,pendidikan,undang-undang,fikh,usuluddin,bahasa arab dan banyak lagi bidang lain walaupun tidak berkaitan dengan agama.
Pemegang sijil tinggi agama juga berpeluang memohon sebagai penjawat awam dengan gred 29 iaitu setaraf pemegang diploma.
Di luar negara pula sijil ini amat laku di Timur tengah seperti Mesir,Jordan dan Maghribi.Seperti yang dimaklumkan negara ini telah banyak melahirkan ulama,mufti,pensyarah dan ramai lagi ahli yang pakar dalam agama.
Berbeza dengan pemegang sijil Asasi dan matrikulasi sijil ini hanya laku di Malaysia sahaja.
7)Boleh mengulang sekiranya gagal dalam masa tiga tahun selepas STAM pertama
walaupun calon STAM gagal mereka masih dberi peluang untuk mengulang selama tiga tahun secara persendirian.Dalam tempoh itu mereka boleh memperbaiki keputusan mereka walaupun gagal dalam 7 matapelajaran!
Di universiti,anda hanya diberi satu peluang untuk mengulang sekiranya gagal tidak lebih dari 2 subjek.Sekiranya masih gagal selepas mengulang anda akan ditendang dari universiti atau matrikulasi.Sekiranya anda lulus tapi dengan pointer yang rendah anda akan dilelong seperti ikan buruk di pasar.Anda akan dibuang ke mana-mana course yang banyak kekosongan dan tidak diminati ramai.
8)Yuran pengajian adalah percuma!!
Di sekolah pengajian anda akan ditanggung kerajaan..setiap urursan pendaftaran akan diuruskan oleh guru anda tanpa membayar walau sesen pun.
Amatlah berbeza dengan keadaan di universiti.Semua perlu dilakukan sendiri.Yuran pendaftaran juga mahal sehingga beribu-ribu ringgit (diploma).Kebanyakan siswa & siswi terpaksa membuat pinjaman ptptn.Bukankah ini sangat membebankan pelajar di masa hadapan kerana perlu membayar semula pinjaman sesudah kerja.
9)Hidup teratur
Belajar di sekolah makanan,minuman,tempat tinggal semua ditanggung oleh pihak sekolah sekiranya anda tinggal di asrama.Pelajar jugak tidak akan terjebak dengan anasir negatif seperti kejutan budaya dan sosialisme.Ini disebabkan pelajar-pelajar akan dikawal selia dengan ketat oleh warden yang sangat berwibawa di asrama.Solat juga sangatlah teratur kerana setiap pelajar perlu turut serta berjemaah.
Berbeza sekiranya anda tinggal di hostel u..makan dan minum tanggung sendiri..tempat tinggal bergantung pada universiti ada yang menyediakan hostel percuma ditanggung ada yang perlu membayar sehingga 600++ untuk satu semester.Risiko terjebak unsur negatif sangatlah tinggi kerana kebanyakan siswa/wi perlu merantau jauh ke negeri orang.Di sana mereka perlu manage your own time yourself..tiada orang yang akan mengawal aktiviti keluar masuk anda di universiti.Solat??paham2 sendirilah.
Wednesday, 8 October 2014
Cabaran menuntut ilmu bagi sang lembab PALAM..ALLAH is planning something..
Lama x update blog buruk ni....cuti-cuti ni tiba2 aku rasa mau buka blog ni..terasa hebat cabaran aku sepanjang tahun 2014 ni...macam ni.....
Aku merupakan seorang penuntut disebuah sekolah agama..lepasan spm 2013..masuk bulan januari 2014 aku terus masuk sekolah bagi persediaan mengambil STAM..sementara menunggu spm aku memang agak fokus dengan STAM ..(STAM=Sijil Tinggi Agama Malaysia)..kalau x tau jgk cuba google menatang apa tu...
Beberapa bulan selepas itu,result spm pun keluar ..macam2 permohonan yang aku isi ..first,aku isi ipg (institut pendidikan guru) ....dua subjek yang menjadi pilihan aku ialah pendidikan islam dan kaunseling..alhamdulillah aku dapat panggilan ukcg di Keningau SABAH...aku orang Kudat ..memang agak jauh jaraknya lebih kurang 6-7 jam naik kereta..susah payah bapa aku hantar aku pegi sana memandu..bila mengantuk aku tengok bapa aku tarik rambutnya...setiap kali ngantuk dia tarik rambut kuat2 untuk hilangkan ngantuk...hebat pengorbanan bapa aku..
Beberapa bulan menunggu ipg aku dapat pulak panggilan temuduga ipg..tapi hairan bidang yang ditawarkan ialah pendidikan khas..pada mulanya aku rasa betul2 x mau pegi..aku terus terang dengan mama bapa aku,,..tapi mamaku cakap pegi jak dulu sekurang2nya ada back up kalau jadi apa2..bapa mama aku memang happy masa aku dapat tu..sampai bapa aku nangis...sekali lagi pengorbanan dua insan ini dapat aku lihat..sanggup redah beratus2 kilometer semata2 untuk hantar aku temuduga..
sebelum pegi temuduga bapa aku settle semua dokumen2 sana sini minta pengesahan ..hebat memang hebat insan ini...
syarat untuk pegi ke temuduga ialah mesti mempunyai sijil berhenti sekolah..hahaha macam2 aku fikir untuk dapatkan surat berhenti palsu dari sekolah ..tapi sekolah bagi aku surat berhenti yang betul..mula-,mula memang berat hati tinggalkan sekolah,,,andaikata aku x dapat apa2 tawaran lepas tu aku mau pegi mana???mau jadi apa??
Beberapa hari selepas aku temuduga...datang pulak tawaran Asasi sains UITM...rasa macam rugi bila tolak universiti..masa tu aku dapat matriks labuan jugak..sementara tunggu ipg aku sepatutnya pegi matriks..tapi aku entahla macam exited pulak dapat upu ni..akhirnya aku pun masuk UITM yang terletak beribu2 kilometer dari SABAH..
Pegi sana mak dgn bapa aku jugak yang hantar ..tambang kapal yang mahal sanggup diorang bayar asalkan aku happy belajar..lepas sampai jak sana aku tanam azam untuk dapatkan 4flat..aku belajar sungguh2 ,,stay up memang kerja aku...aku usaha lebih2 ..aku dengar dan cuba fahamkan apa yang lecturer tu cakap....dalam hati aku memang tanam azam untuk jadi seorang doktor sebab itu la mama aku impikan dari dulu...
Beberapa kuiz dan test telah aku tempuh ...tapi kegagalan ..failed!!! failed!! failed!! yang aku dapat...aku mula rasa down ..keyakinan semakin merundum ..risau,sedih,murung memang aku alami..di tempat jauh dari keluarga ..aku tiada tempat mengadu.....
mujur aku ada ALLAH..DIA la tempat aku mengadu tiada lain ...mengadu la banyak mana dengan manusia atau hamba xkan sama bila mengadu dengan ALLAH....hati akan jadi lebih tenang....
Selepas beberapa bulan di PALAM,final pun menjelang tiba...dengan carrymark yang terlalu rendah harapan apa lagi yang boleh aku letak...setakat lulus sudah begitu payah rasanya untuk aku capai...tapi aku gagahkan jugak..redah jugak final tu...aku dapat rasa hanya pertolongan ALLAH yang boleh ubah nasib aku..kegagalan memang begitu hampir ..tapi aku ingat satu pesanan cikgu aku
"SELAGI BELUM HABIS EXAM SELAGI TU JANGAN BERHENTI USAHA, SELAGI RESULT BELUM KELUAR JANGAN PERNAH BERHENTI DOA"...miracle can happen anytime..everyway..to every person ..just put you trust to ALLAH..
kini aku sedang bercuti semester di SABAH..apa pun yang jadi tawakkal jadi benteng ...ALLAH is planning something....................................ALLAH ajar aku untuk jadi lebih kuat untuk tempuh ujian akan datang...........senyumm...:-)
(ini hanyalah sebahagian cabaran yang aku tempuh ...banyak lagi yang aku hadapi)..tapi cukup sebagai contengan di blog buruk ni...siapa yang alami apa yang aku alami sabar k...:) kita geng...kahkahkah..
Aku merupakan seorang penuntut disebuah sekolah agama..lepasan spm 2013..masuk bulan januari 2014 aku terus masuk sekolah bagi persediaan mengambil STAM..sementara menunggu spm aku memang agak fokus dengan STAM ..(STAM=Sijil Tinggi Agama Malaysia)..kalau x tau jgk cuba google menatang apa tu...
Beberapa bulan selepas itu,result spm pun keluar ..macam2 permohonan yang aku isi ..first,aku isi ipg (institut pendidikan guru) ....dua subjek yang menjadi pilihan aku ialah pendidikan islam dan kaunseling..alhamdulillah aku dapat panggilan ukcg di Keningau SABAH...aku orang Kudat ..memang agak jauh jaraknya lebih kurang 6-7 jam naik kereta..susah payah bapa aku hantar aku pegi sana memandu..bila mengantuk aku tengok bapa aku tarik rambutnya...setiap kali ngantuk dia tarik rambut kuat2 untuk hilangkan ngantuk...hebat pengorbanan bapa aku..
Beberapa bulan menunggu ipg aku dapat pulak panggilan temuduga ipg..tapi hairan bidang yang ditawarkan ialah pendidikan khas..pada mulanya aku rasa betul2 x mau pegi..aku terus terang dengan mama bapa aku,,..tapi mamaku cakap pegi jak dulu sekurang2nya ada back up kalau jadi apa2..bapa mama aku memang happy masa aku dapat tu..sampai bapa aku nangis...sekali lagi pengorbanan dua insan ini dapat aku lihat..sanggup redah beratus2 kilometer semata2 untuk hantar aku temuduga..
sebelum pegi temuduga bapa aku settle semua dokumen2 sana sini minta pengesahan ..hebat memang hebat insan ini...
syarat untuk pegi ke temuduga ialah mesti mempunyai sijil berhenti sekolah..hahaha macam2 aku fikir untuk dapatkan surat berhenti palsu dari sekolah ..tapi sekolah bagi aku surat berhenti yang betul..mula-,mula memang berat hati tinggalkan sekolah,,,andaikata aku x dapat apa2 tawaran lepas tu aku mau pegi mana???mau jadi apa??
Beberapa hari selepas aku temuduga...datang pulak tawaran Asasi sains UITM...rasa macam rugi bila tolak universiti..masa tu aku dapat matriks labuan jugak..sementara tunggu ipg aku sepatutnya pegi matriks..tapi aku entahla macam exited pulak dapat upu ni..akhirnya aku pun masuk UITM yang terletak beribu2 kilometer dari SABAH..
Pegi sana mak dgn bapa aku jugak yang hantar ..tambang kapal yang mahal sanggup diorang bayar asalkan aku happy belajar..lepas sampai jak sana aku tanam azam untuk dapatkan 4flat..aku belajar sungguh2 ,,stay up memang kerja aku...aku usaha lebih2 ..aku dengar dan cuba fahamkan apa yang lecturer tu cakap....dalam hati aku memang tanam azam untuk jadi seorang doktor sebab itu la mama aku impikan dari dulu...
Beberapa kuiz dan test telah aku tempuh ...tapi kegagalan ..failed!!! failed!! failed!! yang aku dapat...aku mula rasa down ..keyakinan semakin merundum ..risau,sedih,murung memang aku alami..di tempat jauh dari keluarga ..aku tiada tempat mengadu.....
mujur aku ada ALLAH..DIA la tempat aku mengadu tiada lain ...mengadu la banyak mana dengan manusia atau hamba xkan sama bila mengadu dengan ALLAH....hati akan jadi lebih tenang....
Selepas beberapa bulan di PALAM,final pun menjelang tiba...dengan carrymark yang terlalu rendah harapan apa lagi yang boleh aku letak...setakat lulus sudah begitu payah rasanya untuk aku capai...tapi aku gagahkan jugak..redah jugak final tu...aku dapat rasa hanya pertolongan ALLAH yang boleh ubah nasib aku..kegagalan memang begitu hampir ..tapi aku ingat satu pesanan cikgu aku
"SELAGI BELUM HABIS EXAM SELAGI TU JANGAN BERHENTI USAHA, SELAGI RESULT BELUM KELUAR JANGAN PERNAH BERHENTI DOA"...miracle can happen anytime..everyway..to every person ..just put you trust to ALLAH..
kini aku sedang bercuti semester di SABAH..apa pun yang jadi tawakkal jadi benteng ...ALLAH is planning something....................................ALLAH ajar aku untuk jadi lebih kuat untuk tempuh ujian akan datang...........senyumm...:-)
(ini hanyalah sebahagian cabaran yang aku tempuh ...banyak lagi yang aku hadapi)..tapi cukup sebagai contengan di blog buruk ni...siapa yang alami apa yang aku alami sabar k...:) kita geng...kahkahkah..
Thursday, 13 December 2012
BIOLOGI
Mengapa biologi penting?
Semua hidupan di bumi adalah penting diantara satu sama lain.
Manusia sepatutnya bijak menguruskan bumi kerana sifatnya boleh merancang serta boleh melaksanakan sesuatu tindakan, agar semua hidupan di muka bumi ini boleh hidup dengan aman dan kekal berguna antara satu sama lain.
Sayangnya, kebanyakan manusia lebih cenderung kepada mengganggu keseimbangan ekologi semula jadi (natural ecological balance). Ini disebabkan oleh sifat terlalu tamak serta kurangnya pengetahuan tentang ilmu biologi. Disinilah pentingnya kita mempelajari ilmu biologi.
Adalah juga penting untuk mengetahui tentang diri kita dari segi struktur dan fungsi, dan membandingkan diri kita dengan organisma lain agar kita dapat menjaga diri sendiri serta makhluk lain dengan baik.
Penyelidikan tentang pelbagai bidang biologi seperti kajian penyakit-penyakit dan rawatannya (diseases and their treatment), pengeluaran makanan (food production), kejuruteraan genetik (genetic engineering) dan pengurusan alam sekitar (environmental management) adalah amat penting dalam memastikan kelangsungan hidup yang baik serta aman di atas planet ini.
Tuesday, 6 November 2012
Aku maw skor straight A+ SPM
Aku bkan pro dlm bab2 ni jd slps membwt bberpa kjian dri smber2 yg bleh dipercayai aku dpt la skit2 tips belajar ni..pntg jgak bnrnya maw kuasai kmahiran belajar ni..sbabnya, salah satu sbb kta ni kdg2 fail ialah disebabkan cra bljr 2 slah..study smart is best..hehehe
Bahasa inggeris ialah salah satu subjek penting spm...cara2 maw skor antaranya ialah :
1)HAFAL LAGU INGGERIS (meningkatkn penguasaan grammar)
2)FOKUS PADA KARANGAN BENTUK CERITA (make sure cerita best untuk tarik minat pemeriksa)
3)MASUKKAN PERIBAHASA (pstikan bhsa inggeris)
4)WORD CONNECTORS (x lawa la klaw tiada benda ni)
5)BANYAK BUAT LATIHAN (jwb soaln trial ngeri2 lain)
Bahasa Melayu
1)FOKUS PADA KARANGAN BENTUK FAKTA
2)PERIBAHASA
3)BANYAK BACA ISU2 SEMASA UNTUK LUASKAN PENDAPAT
4)BUAT AYAT BOMBASTIK BUKAN BERBELIT
Matematik
1)BUAT BANYAK LATIHAN
2)SOALAN TAHUN TAHUN LEPAS MESTI BUAT
3)SOALAN TRIAL NEGERI2 LAIN JANGAN TERLEPAS PANDANG
4)SOALAN SBP PUN MEMBANTU
Matematik tambahan
1)SOALAN TAHUN TAHUN LEPAS WAJIB BUAT
2)BAHAGIAN A : KUASAI SEMUA
3)BAHAGIAN B :FOKUS YANG KITA PALING MINAT
4)BAHAGIAN C : PILIH SOALAN YANG MENYUMBANG BANYAK MARKAH
Fizik
1)MESTI FAHAM SEMUA TOPIK
2)HAFAL TAKRIF SESETENGAH TOPIK KECIL
3)BILA JAWAB FIKIR DENGAN LOGIK
4)JAWAB SOALAN TAHUN TAHUN LEPAS
5)BANYAK BUAT LATIHAN UNTUK PENGIRAAN
(BERSAMBUNG ESOK)
Bahasa inggeris ialah salah satu subjek penting spm...cara2 maw skor antaranya ialah :
1)HAFAL LAGU INGGERIS (meningkatkn penguasaan grammar)
2)FOKUS PADA KARANGAN BENTUK CERITA (make sure cerita best untuk tarik minat pemeriksa)
3)MASUKKAN PERIBAHASA (pstikan bhsa inggeris)
4)WORD CONNECTORS (x lawa la klaw tiada benda ni)
5)BANYAK BUAT LATIHAN (jwb soaln trial ngeri2 lain)
Bahasa Melayu
1)FOKUS PADA KARANGAN BENTUK FAKTA
2)PERIBAHASA
3)BANYAK BACA ISU2 SEMASA UNTUK LUASKAN PENDAPAT
4)BUAT AYAT BOMBASTIK BUKAN BERBELIT
Matematik
1)BUAT BANYAK LATIHAN
2)SOALAN TAHUN TAHUN LEPAS MESTI BUAT
3)SOALAN TRIAL NEGERI2 LAIN JANGAN TERLEPAS PANDANG
4)SOALAN SBP PUN MEMBANTU
Matematik tambahan
1)SOALAN TAHUN TAHUN LEPAS WAJIB BUAT
2)BAHAGIAN A : KUASAI SEMUA
3)BAHAGIAN B :FOKUS YANG KITA PALING MINAT
4)BAHAGIAN C : PILIH SOALAN YANG MENYUMBANG BANYAK MARKAH
Fizik
1)MESTI FAHAM SEMUA TOPIK
2)HAFAL TAKRIF SESETENGAH TOPIK KECIL
3)BILA JAWAB FIKIR DENGAN LOGIK
4)JAWAB SOALAN TAHUN TAHUN LEPAS
5)BANYAK BUAT LATIHAN UNTUK PENGIRAAN
(BERSAMBUNG ESOK)
Monday, 28 May 2012
Mimpi jumpa Rasulullah???
Orang paling beruntung di dunia...
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapatberdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamdulillah.. dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."
Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajarmanusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
Tuesday, 29 November 2011
Petua bangun subuh
- TEKAD YANG KUAT
- JAUHI DOSA
- BANYAK DOA
- TIDUR CARA SUNNAH
- JANGAN BANYAK MAKAN MAKAN
- PASANG ALARM